Penang FC Umum Victor Andrag Ganti Wan Rohaimi
Hafiz Omar
Penghuni tangga kedua tercorot Liga Super, Penang FC bertindak merehatkan ketua jurulatihnya, Wan Rohaimi Wan Ismail selepas tewas kepada Melaka FC di lamannya sendiri, pada Ahad.
Kelab berpangkalan di Pulau Mutiara itu mengumumkan merehatkan Wan Rohaimi menerusi makluman di pelbagai akaun media sosialnya kira-kira dua jam selepas aksi bertemu Melaka FC.
Aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang yang dihadiri 404 penyokong itu menyaksikan Penang FC tewas 1-2 susulan jaringan Dino Kalesic (72’) dan penalti oleh Abdel Kader (90’).
View this post on Instagram
Sementara itu, Penang FC hanya meraih gol tunggal menerusi penalti oleh Stefano Brundo (62’).
Keputusan itu menyaksikan Penang FC mencipta satu kemenangan serta satu seri sekaligus hanya mengutip empat mata daripada enam perlawanan awal Liga Super 2026-27.
Dalam makluman yang sama, Penang FC mengumumkan bekas pemain legenda Kedah FA merangkap Pengarah Teknikal-nya, Victor Andrag sebagai Ketua Jurulatih berkuat kuasa serta-merta.
Perlawanan pertama yang akan dikendalikan Victor adalah bertemu Kuala Lumpur City FC di tempat lawan pada 22hb November kelak.
FEATURED IMAGE: Penang FC