Terbuka AS: Eain Yow Bertembung Pemain No.3 Dunia
Hafiz Omar

Perseorangan lelaki skuasy negara, Ng Eain Yow yang menghuni tangga ke-17 dunia bakal berhadapan dengan pemain No.3 dunia, Diego Elias untuk merebut tiket ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2026 – Jelajah Skuasy PSA bertaraf Platinum.
Pertemuan itu terhasil selepas Eain Yow memulakan kempen dengan langkah kanan menumpaskan pemain Sepanyol, Bernat Jaune yang berada di ranking ke-37 dunia menerusi skor 13-11, 11-4 dan 11-3 dalam masa 41 minit, awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Sementara itu, Elias pula melangkah ke peringkat yang sama selepas mengetepikan Miguel Rodriguez dari Colombia menerusi skor 11-3, 11-8 dan 11-8.
Elias dijangka menjadi lawan yang sukar buat Eain Yow pada pusingan kedua yang dijadualkan berlangsung sekitar jam 8.45 pagi (Selasa), waktu Malaysia.
Sebagai rekod, mereka pernah bertembung sebanyak tiga kali setakat ini dan ketiga-tiganya gagal dimenangi oleh Eain Yow.
FEATURED IMAGE: PSA Squash Tour