Ranking BWF: Pang Ron-Pei Jing Kini 15 Terbaik Dunia
Hafiz Omar

Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Lai Pei Jing kini menempatkan dirinya dalam dalam kelompok 15 terbaik dunia selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskini terhadap Ranking Dunia, pada hari ini.
Pang Ron-Pei Jing berada di tangga ke-15 susulan merekodkan peningkatan sebanyak sembilan anak tangga berbanding kedudukan yang dihuni pada minggu lalu.
Kenaikan itu didorong oleh tambahan 6,420 mata susulan mara ke separuh akhir Terbuka HYLO 2026 baru-baru ini sekaligus mengumpul 53,220 mata secara keseluruhan.
Sebagai rekod, ini merupakan kenaikan selama empat minggu berturut-turut sejak Pang Ron-Pei Jing menghuni tangga ke-50 dunia pada minggu ke-41 tahun ini.
Pada masa yang sama, kenaikan pada hari ini turut meletakkan Pang Ron-Pei Jing sebagai beregu campuran No.2 negara selepas Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai yang berada di tangga ke-11 dunia.
Minggu ini, Pang Ron-Pei Jing akan turun beraksi di Terbuka Korea 2026 yang berlangsung dari 3hb hingga 8hb November.
Gandingan berusia 28 34 tahun masing-masing itu akan memulakan kempen Jelajah Dunia BWF Super 500 terbabit menentang Tonkid Saeheng dan Tonruq Saeheng dari Thailand pada pusingan 32.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia