Terbuka AS: Pemain No.1 Dunia Singkir Sivasangari

November 5, 2026
Skuasy

Hafiz Omar

Perjalanan Sivasangari Subramaniam di Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2026 menemui titik noktahnya selepas tewas di tangan perseorangan wanita No.1 dunia, Amina Orfi.

Aksi yang berlangsung di peringkat suku akhir pada pagi tadi (waktu Malaysia) menyaksikan Sivasangari mengalami kekalahan tiga permainan berturut-turut menerusi skor 8-11, 1-11 dan 8-11.

Kekalahan itu sudah pasti menutup pintu buat Sivasangari untuk mara ke peringkat separuh akhir bagi Jelajah Skuasy PSA bertaraf Platinum selain memburukkan lagi rekod pertemuannya dengan pemain berusia 19 tahun berkenaan.

Pada saat ini, Amina telah melakar sembilan kemenangan daripada 12 pertemuan dengan Sivasangari di pelbagai kejohanan antarabangsa sejak tahun 2023. 

Kejohanan seterusnya, Sivasangari dijadualkan berentap di Terbuka Skuasy China 2026 – Jelajah Skuasy PSA bertaraf Emas – yang akan membuka tirainya pada 17hb November kelak.

FEATURED IMAGE: PSA Squash Tour

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd