Terbuka Korea: Pang Ron-Pei Jing Kandas Suku Akhir

November 6, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu campuran No.2 negara, Hoo Pang Ron dan Lai Pei Jing terpaksa akur menamatkan kempen Terbuka Korea 2026 setakat suku akhir.

Perjalanan mereka terhenti susulan tewas di tangan beregu No.2 dunia dari China, Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin ketika bertembung, pada hari ini.

Dalam aksi terbabit, Pang Ron-Pei Jing tewas 14-21 pada set pertama diikuti 18-21 pada set kedua dengan Zheng Bang-Ya Xin hanya mengambil masa 32 minit untuk menoktahkan permainan.

Keputusan itu menjadikan Zhen Bang-Ya Xin kini melebarkan rekod pertemuan ke atas Pang Ron-Pei Jing dengan dua kemenangan berturut-turut selepas aksi sulung di Terbuka Macau 2026.

Peringkat seterusnya, Zhen Bang-Ya Xin akan berentap dengan wakil Jepun yang diletakkan selaku pilihan kelima kejohanan, Akira Koga dan Natsu Saito untuk merebut slot ke perlawanan akhir.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd