Manchester United Pecat Michael Carrick

November 12, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelab yang berada dalam zon penyingkiran, Manchester United mengumumkan memecat pengendalinya iaitu Michael Carrick berkuat kuasa serta-merta.

Juara Liga Perdana (PL) sebanyak 13 kali itu mengesahkan perkara berkenaan menerusi satu kenyataan rasmi di laman sesawangnya serta dikongsikan di pelbagai media sosialnya, sebentar tadi.

Pemecatan itu hadir selepas Carrick mengendalikan 15 perlawanan musim ini. Prestasinya tidak begitu memberangsangkan dengan sekadar mencatatkan 1 kemenangan dan 4 seri daripada 10 aksi PL.

Selain itu, Manchester United yang berjulukan The Red Devils turut tersingkir pada pusingan ketiga Piala Liga serta hanya mencetak dua kemenangan daripada empat perlawanan Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

“Selepas permulaan musim yang mengecewakan, kelab telah mengambil keputusan yang sangat sukar bahawa satu perubahan perlu dilakukan agar dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.” tulis Manchester United.

Sebagai rekod, Carrick telah diberikan kontrak sebagai ketua jurulatih tetap sekitar penghujung Mei sehingga tahun 2028. 

Kontrak itu diberikan selepas Carrick berperanan sebagai ketua jurulatih sementara Manchester United dengan cemerlang. Bekas pemain tengah berstatus legenda itu membimbing Manchester United menamatkan saingan PL di tempat ketiga musim lalu sekaligus membolot tiket ke UCL.

Susulan daripada pemecatan ini, Manchester United memaklumkan penggantinya akan dilantik dengan segera dalam masa terdekat.

FEATURED IMAGE: Manchester United

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd