Masters Kumamoto: Aaron-Roy King Tempah Tiket Separuh Akhir

November 13, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Wakil tunggal negara di Masters Kumamoto Jepun 2026, Aaron Tai dan Yap Roy King berhasil meneruskan kempennya dan mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mengejutkan Lee Jhe-huei dan Yang Po-hsuan.

Gandingan yang menduduki tangga ke-57 dunia itu melangkah ke kelompok empat terakhir dengan bergaya menumpaskan beregu Chinese Taipei yang menghuni tangga ke-15 dunia menerusi skor 21-16 dan 21-12 dalam masa tidak sampai setengah jam.

Lebih bermakna, kemenangan ke atas Jhe-huei dan Po-hsuan di peringkat suku akhir Jelajah Dunia BWF Super 500 berkenaan dilakukan Aaron-Roy King dalam pertemuan sulung di pentas antarabangsa.

Terdahulu, Aaron-Roy King melangkah ke suku selepas mengejutkan gandingan senior senegara merangkap bekas beregu lelaki No.1 dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin.

Di peringkat seterusnya, Aaron-Roy King akan menantikan cabaran samada daripada Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dari Denmark (ranking ke-14 dunia) atau wakil tuan rumah, Hiroki Okamura dan Kyohei Yamashita (ranking ke-26 dunia) untuk merebut tiket perlawanan akhir.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd