Masters Kaohsiung: Carmen-Xin Yee Ke Separuh Akhir

November 13, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu wanita No.2 negara, Carmen Ting dan Ong Xin Yee berjaya mengesahkan kemaraan ke separuh akhir dalam saingan Masters Kaohsiung 2026 – Jelajah BWF Super 100 – yang berlangsung di Taiwan.

Gandingan pemain berusia 20 dan 19 tahun masing-masing itu mara selepas menumpaskan wakil tuan rumah, Chuo Yun An dan Ko Ruo Hsuan ketika bertembung di peringkat suku akhir, hari ini.

Bagaimanapun, kemaraan itu tidak menjelma dengan mudah dimana Carmen-Xin Yee terpaksa bertarung tiga set permainan yang berlanjutan selama satu jam sebelum dapat menyingkirkan Yun An-Ruo Hsuan menerusi skor 21-13, 20-22 dan 21-12.

Susulan kemenangan itu, Carmen-Xin Yee bakal berhadapan dengan sepasang lagi pasangan tuan rumah iaitu Lin Yen Yu dan Wang Yi Zhen untuk merebut tiket separuh akhir.

Terdahulu, Yen Yu-Yi Zhen mara selepas mengejutkan pilihan ketiga kejohanan merangkap beregu senegaranya, Hsieh Mi Yen dan Yu Chien Hui menerusi skor 17-21, 21-19 dan 22-20.

Sebagai rekod, Carmen-Xin Yee dan Yen Yu-Yi Zhen belum pernah bertembung dalam mana-mana kejohanan antarabangsa setakat ini.

FEATURED IMAGE: Badminton Aassociation of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd