Ronaldinho Keluar Dari Persaraan, Beraksi 45 Minit Bersama Ravenna
Hafiz Omar
Legenda Brazil yang pernah beraksi bersama FC Barcelona dan AC Milan, Ronaldinho keluar daripada persaraan pada usia 46 tahun dengan beraksi bersama Ravenna FC ketika bertemu Forli FC dalam saingan Serie C Itali.
Penyerang kelahiran Porte Alegre itu mengumumkan menyertai Ravenna sekitar Jun lalu. Ronaldinho menyertai kelab itu bukan sahaja sebagai pemain bahkan pemegang saham.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadio Comunale Bruno Benelli, Ronaldinho bermula dalam kesebelasan utama sebelum dikeluarkan pada rehat separuh masa pertama.

Kelabnya berhasil mencatatkan kemenangan 2-0 namun nama Ronaldinho tidak menghiasi senarai penjaring menyaksikan rekod gol peribadinya kekal pada angka 299.
Namun begitu, kehadiran Ronaldinho turut menyumbang kepada gol pendahuluan Ravenna apabila bola sepakan sudutnya berhasil menemui kepala Giulo Donati sebelum masu ke dalam gawang pada minit ke-36.
Sebagai rekod, itu merupakan aksi pertamanya selepas beraksi buat kali terakhir dalam perlawanan kompetitif bersama Fluminense pada September 2015.
FEATURED IMAGE: Ronaldinho Gaucho Facebook