Yee Hern-Vannee Julang Kejuaraan Sulung Di Masters Kaohsiung 2026

November 15, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu campuran negara, Wee Yee Hern dan Vannee Gobi menjelmakan kejuaraan sulungnya di pentas antarabangsa apabila berjaya memenangi Masters Kaohsiung 2026.

Gandingan pemain berusia 22 dan 21 tahun masing-masing itu muncul juara selepas mengalahkan gandingan baharu dari Republik Korea, Ki Dong Ju dan Jeong Na Eun dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada Ahad.

Dalam pertarungan itu, Yee Hern-Vannee yang turut diletakkan sebagai pilihan keempat menampilkan persembahan cemerlang mengalahkan lawannya menerusi skor 24-22 pada set pertama diikuti 21-17 pada set kedua.

Keputusan itu mengesahkan kejuaraan Yee Hern-Vannee sekaligus membolehkannya membawa pulang wang tunai AS$9,480 (~RM38,796) serta memungut 5,500 mata untuk dimasukkan dalam pengiraan pelbagai ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sementara itu, dalam kejohanan Jelajah BWF Super 100 yang sama berkenaan, satu lagi wakil negara iaitu beregu wanita, Ong Xin Yee dan Carmen Ting yang turun selaku pilihan pertama kejohanan menamatkan kempen selaku naib juara.

Xin Yee-Carmen terlepas peluang untuk meraih kejuaraan selepas tewas kepada wakil Indonesia, Isyana Syahira dan Rinjani Kwinnara Nastine menerusi skor 15-21 dan 15-21 dalam masa 37 minit.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

Β© 2025 Amanz Media Sdn Bhd