Khiev Smeth Kekal Sebagai Presiden AFF Sehingga 2030
Hafiz Omar
Presiden Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC), Mejar Jeneral Khiev Smeth kekal mengemudi Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) selepas dilantik semula sebagai presiden bagi penggal 2026-2030.
Pelantikan semula Khiev Smeth itu hadir selepas berlangsungnya pemilihan semasa Kongres Biasa AFF di Manila, Filipina pada Ahad. Perkembangan itu menjadikan Khiev kini memegang jawatan itu tiga penggal berturut-turut sejak tahun 2019.
FAM CONGRATULATES H.E. MAJOR GENERAL KHIEV SAMETH ON RE-ELECTION AS AFF PRESIDENT
▶️ Read more at https://t.co/EyykQMq1lW
#FAM #HarimauMalaya https://t.co/6ObyepteXE
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 15, 2026
Pimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diketuai oleh Dato’ Ab Ghani Hassan dan Jawatankuasa Eksekutif merakamkan ucapan tahniah kepada Khiev Smeth menerusi satu kenyataan di pelbagai akaun media sosialnya.
“Pelantikan semula beliau mencerminkan keyakinan dan kepercayaan kepimpinannya, serta komitmen berterusannya dalam memacu pembangunan dan kemajuan bola sepak seluruh rantau ASEAN.” tulis kenyataan FAM.
Ghani dan barisan Jawatankuasa Eksekutif FAM turut mengucapkan selamat maju jaya dalam meneruskan kepimpinannya dan berharap serta berharap dapat memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan anggota-anggota AFF ke arah memajukan bola sepak di rantau ini.
FEATURED IMAGE: ASEAN Football Federation