Crystal Palace Lantik Pengurus Baharu – Thomas Frank

November 17, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelab tercorot Liga Perdana (PL), Crystal Palace mengumumkan Thomas Frank sebagai pengurusnya yang baharu menggantikan Pierre Sage yang dipecat pada minggu lalu.

Pengumuman pelantikan jurulatih kelahiran Denmark berusia 53 tahun itu disiarkan di laman sesawangnya selain dikongsikan di pelbagai akaun media sosialnya, pada hari ini.

Kelab berjulukan The Eagles dalam kenyataan itu memaklumkan Frank bersetuju untuk mengemudi Crystal Palace sehingga June 2029 – kontrak bertempoh sekitar dua tahun dan tujuh bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Crystal Palace Football Club (@cpfc)

Frank bukan satu nama yang asing dalam kancah bola sepak Inggeris serta saingan PL. Frank pernah mengendalikan Brentford selama enam tahun dan lapan bulan dengan kejayaan ulungnya adalah membawa kelab itu meraih promosi ke saingan PL.

Selain itu, Frank juga pernah mengendalikan Tottenham Hotspur selama lapan bulan sebelum dipecat pada Februari lalu. 

Sebelum berkelana di England, Frank pernah membimbing sebuah kelab di negara kelahirannya iaitu Brøndby IF serta skuad kebangsaan Denmark bawah 16 tahun (B-16), bawah 17 tahun (B-17) dan bawah 19 tahun (B-19).

Frank dijangka mengendalikan perlawanan kompetitif pertamanya bersama Crystal Palace ketika bertemu Coventry City pada aksi ke-11 PL pada 21hb November (Sabtu) kelak.

FEATURED IMAGE: Crystal Palace Football Club

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd