Ranking BWF: Aaron-Roy King Masuki Kelompok 38 Terbaik

November 17, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Gandingan yang menjuarai Masters Kumamoto Jepun 2026 pada Ahad lalu, Aaron Tai dan Yap Roy King kini berada dalam kelompok 38 beregu lelaki terbaik dunia. 

Perkembangan itu hadir selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskini terhadap Ranking Dunia pada hari ini yang menyaksikan kedudukan Aaron-Roy King melonjak sebanyak 19 anak tangga berbanding minggu lalu.

Kenaikan ketara itu dicetuskan oleh pertambahan sebanyak 9,200 mata hasil menjuarai Masters Kumamoto yang merupakan satu daripada siri Jelajah Dunia BWF Super 500.

Terdahulu, Aaron-Roy King muncul sebagai pemenang selepas menundukkan juara dunia 2021 dari Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi menerusi skor 16-21, 21-13 dan 21-15 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Gimnasium Prefektur Kumamoto.

Sementara itu, kemaskini yang sama memperlihatkan kedudukan tiga beregu lelaki terbaik negara iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun kekal di tangga keempat, kelima dan kesembilan dunia.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd