Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah Ke Suku Akhir

November 19, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berhasil melanjutkan kempennya di Terbuka Hong Kong 2026 ke peringkat suku akhir.

Perkembangan itu hadir selepas gandingan yang turut diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan itu melakar kemenangan ke atas wakil tuan rumah, Yeung Nga Ting dan Yeung Pui Lam ketika bertembung di pusingan 16, hari ini.

Dalam pertarungan itu yang berlangsung dalam masa 27 minit itu, Pearly-Thinaah melakar kemenangan bergaya 21-9 pada set pertama disusuli 21-10 pada set kedua. 

Kemenangan itu membawa mereka bertemu dengan Lauren Lam dan Allison Quynh Lee yang menduduki tangga ke-14 dunia dari Amerika Syarikat. 

Terdahulu, pasangan ini menempah tiket suku akhir selepas mengalahkan beregu India, Treesa Jolly dan Gayatri Gopichand Pullela menerusi skor 22-20 dan 21-13.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Thailand

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd