Blackpool Pecat Ketua Jurulatih Selepas Ucap Selamat Hari Jadi
Hafiz Omar
Kelab yang menghuni tangga ke-20 divisyen ketiga bola sepak Inggeris, Blackpool FC mengumumkan memecat ketua jurulatihnya, Ian Evatt.
Pemecatan itu pula hadir dengan penuh dramatik, sekitar tujuh jam selepas kelab berjulukan The Seasiders mengucapkan selamat hari jadi bersempena ulang tahun kelahiran ke-45 buat Evatt.
Happy Birthday to our Head Coach, Ian Evatt. ๐
Have a great day, Gaffer!
๐ #UTMP | @Beaverbrooks https://t.co/yp8FOTiBkC
โ Blackpool FC (@BlackpoolFC) November 19, 2026
โKelab Bola Sepak Blackpool mengumumkan bahawa Ian Evatt telah melepaskan tugasnya sebagai Ketua Jurulatih selepas 12 bulan berkhidmat.โ tulis kelab berkenaan di laman sesawangnya.
Musim ini, Evatt telah mengendalikan 18 perlawanan buat Blackpool dalam kesemua pertandingan dan hanya merekodkan enam kemenangan dan empat seri.
View this post on Instagram
Dalam saingan Liga Satu, Blackpool hanya mengutip 12 mata selepas mengharungi 13 perlawanan musim ini.ย
Sebagai rekod, Evatt diumumkan sebagai pengendali Blackpool pada Oktober tahun lalu.
Pada ketika itu, Evatt yang pernah beraksi sebagai pertahanan Blackpool dari 2006 hingga 2013 diberikan kontrak sebagai Ketua Jurulatih sehingga Jun 2028.
FEATURED IMAGE: Blackpool FC