Terbuka Hong Kong: Wei Chong-Kai Wun Bertembung Satwiksairaj-Chirag Di Separuh Akhir
Hafiz Omar
Beregu lelaki No.3 negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun akan turun menentang Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty dari India pada peringkat separuh akhir Terbuka Hong Kong 2026.
Pertemuan itu terhasil selepas Wei Chong-Kai Wun berjaya mengalahkan gandingan Denmark, Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard pada aksi pusingan 16, sebentar tadi.
Wei Chong-Kai Wun yang diletakkan sebagai pilihan kelapan memenangi pertarungan itu dengan bergaya menerusi skor 21-16 dan 21-16 dalam masa 34 minit.
LI-NING Hong Kong Open 2026
MD – QF
🇲🇾MAN Wei Chong🏅
21 21 🇲🇾Kai Wun TEE🏅
🇩🇰Daniel LUNDGAARD
16 16 🇩🇰Mads VESTERGAARD🕚 in 34 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 20, 2026
Kemenangan itu menjadi episod balas dendam oleh Wei Chong-Kai Wun selepas tewas kepada pasangan yang sama ketika bertembung di Masters Kumamoto Jepun, pada minggu lalu.
LI-NING Hong Kong Open 2026
MD – QF
🇮🇳Satwiksairaj RANKIREDDY🏅
21 13 21 🇮🇳Chirag SHETTY🏅
🇨🇳HU Ke Yuan
12 21 16 🇨🇳LIN Xiang Yi🕚 in 59 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 20, 2026
Sementara itu, lawannya, Satwiksairaj-Chirag yang diletakkan selaku pilihan kelima kejohanan terpaksa berhempas pulas terlebih dahulu sebelum mengesahkan tempat ke peringkat yang sama.
Aksi suku akhir yang menemukan mereka dengan Hu Ke Xuan dan Lin Xiang Yi dari China itu memaksa Satwiksairaj-Chirag bertarung hampir satu jam lamanya sebelum menoktahkan permainan menerusi skor 21-12, 13-21 dan 21-16.
Melihat kepada rekod pertemuan lalu, Satwiksairaj-Chetty memiliki kelebihan dengan empat kemenangan daripada lima pertemuan. Namun begitu, pertemuan terakhir yang berlangsung di Terbuka Indonesia 2025 berpihak kepada Wei Chong-Kai Wun.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia