Ranking BWF: Soon Huat-Shevon Kembali Jejak Tangga Ke-11
Hafiz Omar

Beregu campuran negara merangkap pasangan suami isteri, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai kembali menghuni tangga kesebelas dalam Ranking Dunia.
Gandingan berusia 36 dan 33 tahun itu kembali kedudukan itu selepas mara sehingga separuh akhir dalam saingan Terbuka Hong Kong yang disertai pada minggu lalu.
Kemaraan itu memberikan Soon Huat-Shevon tambahan 6,420 mata sekaligus mengumpul 60,370 mata secara keseluruhan setakat kemaskini pada hari ini.
Pada masa yang sama, peningkatan itu turut mengukuhkan nama mereka selaku beregu campuran No.1 negara.
Sementara itu, kedudukan beregu campuran yang lain seperti Hoo Pang Ron dan Lai Pei Jng kekal di tangga ke-14 dunia manakala Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei pula di tangga ke-23 dunia.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia