Amerika Syarikat Tuan Rumah Copa America 2028

November 25, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Edisi seterusnya saingan bola sepak benua Amerika Selatan iaitu Copa America akan berlangsung sekali lagi di Amerika Syarikat (AS) bermula 9hb Jun hingga 9hb Julai 2028.

Ini bermakna saingan itu akan berlangsung selepas temasya Sukan Olimpik Los Angeles melabuhkan tirainya – 30hb Julai 2028.

Perkembangan itu hadir selepas Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) dan Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Carribean (CONCACAF) mengumumkan melanjutkan kerjasama strategik.

Sebahagian daripada kerjasama itu adalah berganding bahu sekali lagi untuk menganjurkan Copa America di AS pada musim panas 2028. Sebelum ini, Amerika Syarikat telah dipilih sebagai tuan rumah Copa America 2024.


Bagaimanapun, venue yang terpilih untuk menghoskan perlawanan-perlawanan Copa America belum dimuktamadkan setakat ini.

Pada edisi 2024, sebanyak 16 buah pasukan bersaing terdiri daripada 10 buah pasukan dari CONMEBOL dan enam buah pasukan dari CONCACAF. 

Argentina berjaya muncul juara selepas mengalahkan Colombia 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Hard Rock, Florida.

Bagi edisi 2028, enam pasukan dari CONMEBOL akan ditentukan berdasarkan keputusan Gold Cup 2027.

FEATURED IMAGE: Copa America

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd