Syed Modi: Yee Hern-Vannee Singkir Pilihan Pertama
Hafiz Omar
Beregu campuran No.6 negara, Wee Yee Hern dan Vannee Gobi mencipta kejutan dengan menyingkirkan Dhruv Kapila dan Tanisha Crasto pilihan pertama saingan Antarabangsa Syed Modi India 2026.
Yee Hern-Vannee melakukan kejutan menerusi skor 22-20 dan 21-15 ketika bertemu pasangan No.24 dunia berkenaan di pusingan 16, hari ini.
Syed Modi India International 2026
XD – R16
🇲🇾WEE Yee Hern🏅
22 21 🇲🇾Vannee GOBI🏅
🇮🇳DHRUV KAPILA
20 15 🇮🇳Tanisha CRASTO🕚 in 40 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 26, 2026
Gandingan pemain berusia 22 dan 21 tahun masing-masing itu mengambil masa 40 minit untuk menoktahkan permainan dengan skor terbabit.
Hasil kemenangan itu, Yee Hern-Vannee mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir dalam siri Jelajah Dunia BWF Super 300 berkenaan.
Menantinya di situ adalah pasangan dari Indonesia yang menduduki tangga ke-144 dunia, Nawaf Khoiriyansyah dan Indah Cahya yang mara selepas menundukkan pilihan ketujuh, Dhruv Rawat dan Maneesha K.