Syed Modi: Zii Jia Ke Suku Akhir

November 26, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan lelaki No.2 negara, Lee Zii Jia berhasil mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir dalam saingan Antarabangsa Syed Modi India 2026.

Kemaraan itu tercipta selepas pemain kelahiran Alor Setar itu menumpaskan wakil tuan rumah yang menduduki tangga ke-153 dunia, Pranay Shettigar menerusi skor 21-11 dan 21-18 di pusingan 16, sebentar tadi.

Pertemuan sulung Zii Jia dan Pranay yang berusia 20 tahun itu berlangsung dalam masa 36 minit.

Perlawanan seterusnya, Zii Jia akan bertembung perseorangan Perancis yang menghuni ranking ke-51 dunia, Arnaud Merkle.

Pemain berusia 26 tahun yang turut diletakkan sebagai pilihan keenam berkenaan mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menyingkirkan Ginpaul Sonna dari India menerusi skor 21-5, 9-21 dan 21-5.

Berdasarkan rekod, Zii Jia pernah bertarung dengan Arnaud sekitar 10 tahun yang lalu. Pertemuan yang berlangsung di Belanda itu berhasil dimenangi Zii Jia menerusi skor 21-12 dan 21-12 dalam masa 31 minit.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd