Azizulhasni Awang ‘Rampas’ Kedudukan No.1 Keirin Dunia
November 18, 2020 Hafizuddin Omar

Pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang kini kembali merampas takhta dalam ranking perseorangan dunia bagi saingan keirin lelaki.

Azizul kembali menduduki tempat pertama dengan pungutan 2195 mata dalam satu kemasikini ranking terbaharu yang dikeluarkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) semalam.

Tangkap layar ranking semasa yang dikeluarkan oleh UCI

Azizul kembali merampas tempat pertama tersebut setelah menghuni ranking kedua pada bulan lalu.

Mengikutinya di tempat kedua adalah pelumba negara matahari terbit, Yuta Wakimoto dengan pungutan 2055 mata.

Baca: Tempa Nama Dahulu, Barulah Pihak Penaja Datang Mencari – Azizulhasni

Manakala di tempat ketiga adalah pelumba Belanda, Harrie Lavreysen dengan catatan 1950 mata.

Sementara itu, seorang lagi pelumba berbasikal negara, Mohd Shah Firdaus Sahrom berada di tanga ke-35 dengan 796 mata.

Kali terakhir pelumba yang sinonim dengan julukan The Pocket Rocketman ini beraksi di pentas antarabangsa adalah sekitar bulan mac lalu dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin.

Dalam kejohanan tersebut, Azizul terpaksa berpuas hati dengan merangkul pingat gangsa setelah tamat di belakang Harrie dan Yuta di mana masing-masing meraih pingat emas dan perak.

Featured Image: Azizulhasni Awang Official

Komen