Artikel

Rajagobal Sasar Bimbing Brunei Layak Peringkat Kumpulan Piala AFF Buat Kali Pertama

Bekas ketua jurulatih yang membawa Malaysia menjuarai Piala AFF, Datuk K. Rajagobal telah meletakkan sasaran awalnya selaku ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Brunei Darussalam.

Beliau yang diberikan kontrak selama dua tahun untuk membimbing skuad kebangsaan jiran tetangga itu meletakkan sasaran untuk layak ke saingan Piala AFF buat kali pertama.

Baca: King Gobal Diberi Kontrak Selama 2 Tahun Latih Skuad Kebangsaan Brunei

“Sasaran pertama adalah play-off, kita kena layak ke peringkat kumpulan, itulah sasaran saya sebagai jurulatih. Kerana mereka tidak pernah berada dalam (saingan) Piala AFF,” kata Rajagobal dalam Bernama TV.

Difahamkan jurulatih yang terkenaln dengan julukan King Gobal itu akan memulakan tugasnya selaku ketua jurulatih secara rasmi bermula januari 2021 kelak.

Untuk makluman, Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) telah menetapkan saingan Piala AFF akan dijadualkan bermula 11 April sehingga 8 May 2021.

Featured Image: Rhino Arena

komen