Written by 5:02 pm Bola Sepak

Video: Wan Kuzri Jaringkan Gol Kemenangan Dalam Masa Berbaki 24 Saat

Pemain kelahiran Amerika Syarikat berdarah Malaysia, Wan Kuzri Wan Kamal sekali lagi mencuri tumpuan ketika beraksi bersama pasukan bola sepak kolejnya, University of Akron.

Pemain tengah yang akan dipanggil untuk menyertai kem latihan Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) kendalian Brad Maloney kelak memastikan kemenangan pasukannya dengan menjaringkan ‘winning goal’ ketika masa permainan bakal tamat dalam tempoh 24 saat sahaja lagi.

Pada ketika itu, pasukannya yang sedang beraksi di gelanggang lawan, terikat 1-1 bersama pasukan Michigan State University.

Ketika menerima bola di dalam kotak penalti, dia terlebih dahulu mengawalnya dan membawa ke jarak yang lebih dekat dengan gawang sebelum melakukan rembatan padu mengalahkan penjaga gol lawan.

Gol tersebut telah membantu pasukannya bangkit selepas ketinggal 0-1 pada separuh masa pertama dan meraih kemenangan 2-1 ke atas Michigan State University.

Baca: Wan Kuzri Jaring Gol & Cipta ‘Assist’ Bantu Pasukannya Menang Besar 7-1

Sebagai rekod, ini merupakan gol keduanya pada musim ini setelah menjaringkan gol pertama pada perlawanan yang lalu, menentang Wright States University, jumaat lalu.

Perlawanan seterusnya, pasukan yang diwakili Wan Kuzri akan menentang Robert Morris University di gelanggang sendiri, jumaat ini (3 September).

Featured Image: Football Association of Malaysia

(Visited 6,305 times, 1 visits today)
Close