Written by 4:49 pm Asia, Bola Sepak

Pengerusi Lion City Sailors FC, Forest Li Muncul Individu Terkaya Singapura

Pengerusi Lion City Sailors FC, Forest Li Xiaodong muncul sebagai individu terkaya di negara seberang tambak, Singapura setelah dia dikatakan mempunyai aset bernilai $19.8 bilion pada masa kini.

Ia berikutan saham syarikat yang diasaskan oleh ahli perniagaan kelahiran China ini, Sea Ltd mencatatkan peningkatan positif dari hari ke hari. Untuk makluman semua, Sea Ltd merupakan pemilik tunggal kepada Lion City Sailors ini.

Mereka melakukan pengambilalihan Home United secara 100% pada tahun 2020 sebelum menjenamakan kelab yang beraksi dalam saingan Liga Premier Singapore (SPL) kepada nama yang ada pada hari ini.

Mereka bercita-cita untuk menjadikan Lions City Sailors bukan sahaja gergasi di negara mereka sendiri malah sebagai salah sebuah kelab besar di benua asia.

Diego Lopes – Foto: LCS

Januari lalu, mereka melakukan rekod yuran perpindahan termahal dalam sejarah SPL apabila mengeluarkan duit sekitar $3.3 juta untuk menandatangani pemain tengah menyerang Brazil, Diego Lopes dari kelab berpangkalan di Portugal, Rio Ave.

Selain memberikan tumpuan kepada skuad senior yang beraksi dalam saingan SPL, Lion City Sailors turut melakukan pelaburan besar terhadap pembangunan pemain remaja serta akar umbi kelabnya.

Ini dibuktikan dengan mereka melakukan kerjasama dengan kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund serta sedang membina Lion City Sailors Integrated Facility dianggarkan bernilai $10 juta, baru-baru ini.

Baca: Kelab ‘Kaya’ Singapura, Lion City Sailors Umum Kerjasama Dengan Dortmund

Ketika ini, Lions City Sailors sedang menghuni tangga kedua dalam saingan SPL 2021 dengan mengutip 35 mata daripada 16 perlawanan yang diharungi.

Mendahului di tempat pertama adalah pasukan satelit dari Jepun, Albirex Niigata Singapore FC dengan kutipan 40 mata daripada 17 perlawanan.

Sebagai tambahan, Sea Ltd juga merupakan syarikat disebalik syarikat e-dagang terkenal, Shopee dan syarikat internet, Garena. 

Featured Image: Lion City Sailors

(Visited 99 times, 1 visits today)
Close