Written by 6:06 pm Permotoran

Syarifuddin ‘Damok’ Bakal Melakukan Debut Moto3 di Aragon GP

Pelumba tempatan, Syarifuddin Azman atau dikenali sebagai Damok bakal membuat kemunculan pertama dalam saingan Kejuaraan Dunia Moto3 pada perlumbaan Aragon GP, minggu hadapan.

Pelumba yang beraksi dalam saingan FIM CEV Moto3 Remaja tersebut ‘dinaikkan pangkat’ bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh John McPhee yang akan menyertai saingan kelas Moto2.

Perkembangan ini dimaklumkan secara rasmi oleh Petronas SRT bagi memberikan pengalaman ‘berharga’ kepada pelumba-pelumba ini, pada hari ini.

Musim ini, Damok mencuri tumpuan peminat sukan permotoran tempatan apabila berjaya memenangi perlumbaan di Litar Catalunya, Sepanyol dalam saingan FIM CEV Moto3 Remaja pada bulan Jun lalu.

Kemenangan yang diraih oleh Damok penuh dramatik apabila dia yang bermula di petak ke sepuluh pada perlumbaan tersebut berjaya memintas empat orang pelumba pada pusingan terakhir untuk menduduki tempat pertama.

Video: Syarifuddin Potong Empat Pelumba di Pusingan Akhir Untuk Bergelar Juara Moto3 Remaja

Untuk makluman semua, perlumbaan Aragon GP akan bermula pada jumaat hadapan, 10 September.

Featured Image: Instagram Syarifuddin Azman

(Visited 99 times, 1 visits today)
Close