Written by 4:32 pm Lain-Lain

Kenali Pemain-Pemain Muda Malaysia Yang Akan Beraksi di Piala Sudirman 2021

Tidak lama lagi, kejohanan badminton berpasukan bertaraf Gred A, Piala Sudirman 2021 akan berlangsung bermula 26 September hingga 3 Oktober bertempat di Vantaa, Finland.

Dua minggu sebelum bermulanya kejohanan tersebut, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan skuad negara yang terdiri daripada 3 pemain perseorangan lelaki, 3 pemain perseorangan wanita serta 2 regu lelaki, wanita dan campuran masing-masing untuk beraksi di kejohanan terbabit.

Baca: Usah Terkejut BAM Senarai Pemain Muda ke Saingan Piala Sudirman & Thomas/Uber

Dibarisi oleh rata-rata pemain muda, berikut adalah senarai pemain-pemain yang membarisi skuad Malaysia oleh presiden, pada hari ini:

Perseorangan Lelaki 1 – Lee Zii Jia (Kapten)

Umur: 23 Tahun

Ranking Dunia: 8

Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Peringkat 16 akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 (Kategori: Kejohanan Gred 1)

Perseorangan Lelaki 2 – Ng Tze Yong

Umur: 21 Tahun

Ranking Dunia: 91

Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Peringkat 16 Terakhir Spain Masters 2021 (Kategori: BWF World Tour Super 300)

Perseorangan Lelaki 3 – Aidil Sholeh

Umur: 21 Tahun

Ranking Dunia: 122

Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Separuh akhir Polish Open 2021 (Kategori: International Challenge)

Perseorangan Wanita 1 – Kisona Selvaduray

Umur: 22 Tahun

Ranking Dunia: 53

Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Juara Iberdrola Spanish International 2021 (Kategori: International Challenge)

Perseorangan Wanita 2 – Eoon Qi Xuan

Umur: 20 Tahun

Ranking Dunia: 133

Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Separuh akhir Iberdrola Spanish International 2021 (Kategori: International Challenge)

Perseorangan Wanita 3 – Letshanaa Karupathevan

Umur: 18 Tahun

Ranking Dunia: 761

Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Juara President Cup Nepal Junior International Series 2020 (Kategori: Junior International Series)

Baca – Piala Sudirman 2021: Malaysia Diundi Bersama-sama Jepun, England & Mesir

Regu Lelaki 1 – Aaron Chia & Soh Wooi Yik

Umur: 24 & 23 Tahun

Ranking Dunia: 8

Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Pingat Gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 (Kategori: Kejohanan Gred 1)

Regu Lelaki 2 – Man Wei Chong & Tee Kai Wun

Umur: 22 & 21 Tahun

Ranking Dunia: 171

Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Juara Iberdrola Spanish International 2021 (Kategori: International Challenge)

Regu Wanita 1 – Pearly Tan & Thinaah Muralitharan

Umur: 21 & 22 Tahun

Ranking Dunia: 19

Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Suku akhir All England Open Championship 2021 (Kategori: BWF World Tour Super 1000)

Regu Wanita 2 – Yap Ling & Teoh Mei Xing

Umur: 21 & 24 Tahun

Ranking Dunia: 70

Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Suku akhir Iberdrola Spanish International 2021 (Kategori: International Challenge)

Regu Campuran 1 – Hoo Pang Ron & Cheah Yee See

Umur: 23 & 26 Tahun

Ranking Dunia: 27

Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Peringkat 32 akhir All England Open Championships 2021 (Kategori: BWF World Tour Super 1000)

Regu Campuran 2 – Chen Tang Jie & Peck Yen Wei

Umur: 22 Tahun Kedua-duanya

Ranking Dunia: 49

Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Peringkat 16 akhir All England Open Championships 2021 (Kategori: BWF World Tour Super 1000)

Baca: Jepun Paling Kuat Tetapi Waspada Ancaman England

Sebagai rekod, pemain tertua yang disenaraikan dalam pasukan Malaysia kali ini ialah Cheah Yee See yang berumur 26 tahun. Manakala purata umur bagi skuad ini adalah 22.38 tahun.

Dalam pengumuman yang sama, Presiden BAM meletakkan sasaran buat skuad Malaysia untuk layak ke saingan suku akhir Piala Sudirman 2021.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

(Visited 13,781 times, 6 visits today)
Close