Written by 4:39 pm Bola Sepak, Malaysia

Pemain Terengganu, KL City, Kedah, Penang & PJ City Dalam Penilaian Cheng Hoe Untuk Dipanggil ke Skuad Kebangsaan

Sungguhpun masih berada di dalam situasi pademik Covid-19, saingan bola sepak tempatan khususnya Liga Super 2021 berjaya dilangsungkan secara penuh 22 perlawanan berbanding 11 perlawanan musim lalu.

Menurut laporan The Star, kejayaan melangsungkan saingan Liga Super secara penuh itu membolehkan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menilai beberapa pemain muda untuk dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya.

Dimaklumkan, antara pemain muda dan tempatan yang menarik perhatiannya adalah daripada pasukan Terengganu, Kuala Lumpur City (KL City), Kedah Darul Aman (Kedah), Penang dan Petaling Jaya City (PJ City).

Baca: Aksi Pemain Muda, Izreen Izwandy Dapat Pujian Bojan Hodak 

Antara pemain-pemain KL City musim 2021

“Terengganu telah menggunakan beberapa pemain muda, yang (tampil) mengagumkan. Kuala Lumpur City juga mempunyai beberapa pemain yang mengujakan, dimana kami sudah perhatikan.”

“Tidak lupa juga, Kedah dan Penang juga menggunakan beberapa pemain tempatan yang bagus,” katanya.

Baca: DNA ‘Yakini Lokal’ PJ City Akan Diteruskan Pada Musim 2022

“Petaling Jaya City juga tampil memberangsangkan dengan skuad keseluruhan pemain tempatan dan tidak menunjukkan kegentaran apabila berdepan dengan pasukan tangga teratas yang dikuatkan dengan pemain-pemain asing.” katanya seperti dipetik daripada The Star.

Kapten dan pemain tengah Kedah Darul Aman, Baddrol Bakhtiar

Sementara itu, persembahan beberapa pemain senior dan veteran tempatan juga tidak kurang hebatnya pada musim ini. Antara yang mencuri tumpuan penyokong dan peminat adalah kelibat Baddrol Bakhtiar, Safiq Rahim dan Amri Yahyah.

Baca: Penjaring Terbanyak Tempatan, Baddrol Bakhtiar Wakili Malaysia – ‘Why Not?’ Kata Coach Aidil

Pada masa yang sama, jurulatih berusia 53 tahun ini turut bersedia mempertimbangkan untuk memanggil pemain senior sebagai contoh Baddrol yang meletakkan namanya selaku penjaring terbanyak tempatan menyertai skuad kebangsaan.

Cheng Hoe berkata, “pintu (skuad kebangsaan) sentiasa terbuka kepada mana-mana pemain. Selagi mana mereka boleh menyumbang kepada pasukan, mereka dialu-alukan.”

Untuk makluman semua, skuad Harimau Malaya akan terlibat dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang dijadualkan berlangsung 5 Disember hingga 1 Januari 2022 kelak.

Featured Image: Football Association of Malaysia

(Visited 1,690 times, 14 visits today)
Close