Written by 6:36 pm MotoGP, Permotoran

Apa Maksud RNF? Ini Penjelasan Razlan Razali

Sabtu lalu, portal motogp.com melaporkan pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team atau lebih dikenali sebagai SRT dijenamakan sebagai RNF Racing MotoGP Team.

Pasukan tersebut akan terus mengambil bahagian dalam perlumbaan motosikal kelas premier iaitu Kejuaraan Dunia MotoGP sehingga tahun 2026. Selain itu, pasukan tersebut akan terus diketuai oleh Prinsipal Pasukan SRT iaitu Datuk Razlan Razali.

Baca: SRT Dijenamakan Sebagai RNF Racing, Belum Ada ‘Title Sponsor’ Diumumkan

Bagaimanapun, semasa makluman secara rasmi mengenai penjenamaan semula pasukan tersebut, nama ‘RNF’ menjadi tanda tanya kalangan peminat sukan permotoran tempatan.

Semalam, menerusi satu video temu ramah yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Razlan tampil menjelaskan maksud ‘RNF’ yang menjadi tanda tanya orang ramai.

“Jika ada yang bertanya-tanya apakah maksud RNF, ini (merupakan) satu ‘tribute’ kepada keluarga dan anak-anak saya…” katanya dalam video tersebut.

Difahamkan penghormatan tersebut diberikan kepada keluarganya kerana beliau tidak banyak berada di rumah dek kesibukan menguruskan pasukan MotoGP.

Justeru ini merupakan masa yang sesuai buatnya untuk menggunakan nama anak-anak dan keluarganya sebagai nama pasukan yang baharu tersebut.

Sementara itu, menerusi video tersebut, Razlan turut mengesahkan pelumba senior kelahiran Itali, Andrea Dovizioso akan menjadi salah seorang pelumba buat pasukan RNF Racing pada tahun hadapan.

Manakala pelumba kedua belum dapat disahkan lagi kerana ianya masih berada dalam peringkat perbincangan.

Featured Image: Petronas SRT

(Visited 351 times, 4 visits today)
Close