Written by 3:31 pm Bola Sepak, Malaysia • 2 Comments

Piala AFF 2020: Malaysia Diundi Bersama Juara Bertahan, Vietnam Serta Indonesia, Kemboja dan Laos

Majlis undian kejohanan bola sepak dwitahunan asia tenggara, Piala AFF Suzuki 2020 yang berlangsung pada hari ini menyaksikan skuad kebangsaan yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe diundi dalam Kumpulan B.

Malaysia yang diletakkan dalam Balang 2 telah diundi bersama-sama juara bertahan iaitu Vietnam dan diiringi oleh rival nusantara, Indonesia serta Kemboja dan Laos.

Sementara itu, Kumpulan A pula terdiri daripada juara edisi 2014 dan 2016 iaitu Thailand dan ditemani oleh Myanmar, Filipina, Singapura serta pemenang pusingan kelayakan antara Brunei Darussalam atau Timor Leste.

Kumpulan A & Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2020

Pada masa yang sama, Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Mejar Jeneral Khiev Sameth memaklumkan tuan rumah atau negara hos sedang berada di fasa akhir untuk ditentukan dan akan diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi.

Baca: Kemboja Intai Peluang Jadi Tuan Rumah Piala AFF 2020

Untuk makluman semua, kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 dijadualkan berlangsung bermula 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.

Sebagai tambahan, sejak kejohanan ini diperkenalkan pada tahun 1996, jiran tetangga, Thailand muncul selaku juara paling banyak iaitu 5 kali sementara Singapura pula sebanyak 4 kali. 

Manakala Vietnam pula telah memenanginya sebanyak 2 kali dan akhir sekali, Malaysia sebanyak sekali.

Featured Image: AFF Suzuki Cup

(Visited 3,966 times, 1 visits today)
Close