Written by 11:52 am Asia, Bola Sepak • One Comment

Piala AFF 2020: Shin Tae-yong Anggap Vietnam & Malaysia Pasukan Yang Kuat

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shi Tae-yong teruja pasukannya diletakkan bersama-sama Vietnam dan Malaysia dalam Kumpulan B saingan Piala AFF Suzuki 2020 kali ini.

Mengulas mengenai hasil undian yang dijalankan semalam, Tae-yong menyatakan Vietnam dan Malaysia yang merupakan juara dan naib juara edisi lalu adalah pasukan yang kuat.

Bagaimanapun jurulatih kelahiran Korea berusia 52 tahun tersebut bertekad untuk mencatatkan kemenangan dalam setiap perlawanan peringkat kumpulan agar mara ke saingan kalah mati.

Shin Tae-yong (kanan) – Foto: PSSI

“Berada di Grup B bersama Vietnam dan Malaysia sangat menarik bagi saya. Mereka tim yang kuat, namun kami akan berjuang keras demi meraih kemenangan di setiap laga (perlawanan). 

“Kami akan melakukan persiapan dengan baik,” katanya menerusi laman sosial Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Sementara itu, dua pasukan lain yang melengkapkan Kumpulan B ialah Kemboja dan Laos.

Baca: Malaysia Diundi Bersama Juara Bertahan, Vietnam Serta Indonesia, Kemboja dan Laos

Untuk makluman semua, semasa kejohanan Piala AFF Suzuki 2018, Indonesia yang dibimbing oleh Simon McMenemy terkandas di peringkat kumpulan sekaligus gagal mara ke saingan kalah mati.

Sebagai tambahan, Tae-yong yang pernah membimbing Republik Korea di kejohanan Piala Dunia 2018 dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia pada penghujung tahun 2019.

Featured Image: PSSI

(Visited 7,619 times, 1 visits today)
Close