Written by 5:32 pm Bola Sepak

Kerjasama Langkawi City-Borussia Dortmund, Banyak Yang Boleh Dipelajari – Tun M

Bekas Perdana Menteri dan Penaung Langkawi City, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan banyak perkara yang boleh dipelajari oleh kelab yang beraksi dalam saingan Liga M3 ini menerusi kerjasama dengan Borussia Dortmund.

Menerusi satu kenyataan media kelab tersebut pada hari ini, Borussia Dortmund yang merupakan kelab gergasi Liga Jerman bersetuju untuk mengadakan kerjasama bersama Langkawi City merangkumi pembangunan akar umbi dan program pemain remaja di pulau tersebut.

Penaung Langkawi City, Tun M

Baca: Kelab ‘Kaya’ Singapura, Lion City Sailors Umum Kerjasama Dengan Dortmund

Selain itu, kerjasama ini juga melibatkan penglibatan siri kejohanan remaja serantau, bimbingan daripada jurulatih-jurulatih Borussia Dortmund serta pertukaran ilmu program pelancongan sukan antara kedua-dua pihak.

“Saya mengharapkan kerjasama ini memberi manfaat kepada penduduk Langkawi terutamanya remaja. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada kerjasama ini  samada dalam dan luar padang.” katanya merangkap Ahli Parlimen Langkawi.

Difahamkan kerjasama antara kedua pihak ini berlangsung selama sekitar 2 tahun iaitu sehingga 31 Disember 2023.

(Visited 171 times, 3 visits today)
Close