Written by 12:22 pm Basikal, Malaysia, Trek

Kejohanan Berbasikal Trek Dunia: Shah Firdaus & Fadhil Zonis Bakal Sertai 3 Acara

Dua pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang dipilih untuk beraksi di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2021 akan menyertai tiga acara.

Menurut laporan akhbar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times, kedua-dua pelumba yang berumur 25 dan 23 tahun masing-masing itu akan mengambil bahagian dalam acara pecut, keirin dan ujian masa 1 kilometer (km).

Ketua jurulatih basikal trek kebangsaan, John Beasley mengharapkan kejohanan ini memberikan pengalaman berguna buat kedua-dua pelumba tersebut dalam karier mereka.

John Beasley (kiri).

“Saya menaruh harapan yang tinggi terhadap dua pelumba ini, tetapi ianya akan menjadi proses pembelajaran yang buat mereka untuk meraih lebih keyakinan,” kata Beasley seperti dipetik daripada NST.

Artikel berkaitan: Shah Firdaus & Fadhil Zonis Sah Sertai Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2021

Kejohanan ini akan berlangsung pada penghujung Oktober nanti di Roubaix, Perancis. Kedua-duanya akan terbang ke repulcik berkenaan pada 10 Oktober kelak.

Sementara itu, Beasley turut memaklumkan jaguh berbasikal negara yang memenangi pingat perak pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Dato’ Azizulhasni Awang tidak akan menyertai kejohanan ini kerana ingin berehat sehingga ke penghujung tahun ini.

Pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu kembali ke Australia untuk bertemu dan meluangkan masa bersama keluarganya.

Featured Image: Instagram Shah Firdaus & Fadhil Zonis

(Visited 130 times, 1 visits today)
Close