Written by 5:22 pm Badminton, Malaysia

Piala Uber 2020: Kenali Anggota Skuad Malaysia Yang Dibarisi Pemain Muda & Remaja

Tanggal 9 Oktober 2021 akan bermulanya kejohanan berpasukan wanita yang iaitu Piala Uber di Aarhus, Denmark. Kejohanan dwitahunan ini sepatutnya berlangsung pada tahun lalu tetapi terpaksa ditunda ke tahun ini dek pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia.

Malaysia turut serta dalam kejohanan yang melibatkan 16 pasukan ini dan telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama semi finalis edisi lalu, China sambil ditemani oleh tuan rumah, Denmark serta Kanada.

Artikel Berkaitan: Usah Terkejut BAM Senarai Pemain Muda ke Saingan Piala Sudirman & Thomas/Uber

Bercakap mengenai format kejohanan, pada setiap perlawanan, pasukan akan menurunkan 3 pemain perseorangan dan 2 regu untuk menentang lawan masing-masing. Mana-mana pasukan yang meraih 3 kemenangan akan dikira sebagai pemenang.

Tanpa berceloteh dengan lebih panjang, berikut adalah anggota skuad Malaysia yang muda & remaja dipertaruhkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengharungi Piala Uber 2020:

Perseorangan Wanita 1 – Kisona Selvaduray

Umur: 23 Tahun

Asal: Negeri Sembilan

Ranking Dunia: 53

Pencapaian Terakhir: Separuh Akhir Piala Sudirman 2021

Perseorangan Wanita 2 – Eoon Qi Xuan

Umur: 20 Tahun

Asal: Perak

Ranking Dunia: 123

Pencapaian Terakhir: Separuh Akhir Piala Sudirman 2021

Perseorangan Wanita 3 – Letshanaa Karupathevan

Umur: 18 Tahun

Ranking Dunia: 777

Pencapaian Terakhir: Naib Juara President Cup Nepal Junior International Series 2020

Perseorangan Wanita 4 – Siti Nurshuhaini Azman

Umur: 17 Tahun

Ranking Dunia: 455

Pencapaian Terakhir: Pusingan 16 Austrian Open 2021

Artikel Berkaitan: BAM Naikkan Pangkat 5 Pemain Remaja ke Skuad Senior Dengan Serta Merta

Beregu Wanita 1 – Lee Meng Yean (Kapten) & Go Pei Kee [Regu Baharu]

Meng Yean (kanan) ketika bersama regu lamanya, Chow Mei Kuan.

Umur: 27 & 19 Tahun

Asal: Melaka & Johor

Ranking Dunia: Tiada

Pencapaian Terakhir: Peringkat Kumpulan Sukan Olimpik Tokyo 2020

Beregu Wanita 2 – Pearly Tan & Thinaah Muralitharan

Pearly Tan (kiri) dan M. Thinaah (kanan).

Umur: 21 & 23 Tahun

Ranking Dunia: 25

Pencapaian Terakhir: Separuh Akhir Piala Sudirman 2021

Beregu Wanita 3 – Teoh Mei Xing & Yap Ling

Teoh Mei Xing (kiri) dan Yap Ling (kanan).

Umur: 24 & 21 Tahun

Ranking Dunia: 68

Pencapaian Terakhir: Separuh Akhir Piala Sudirman 2021

Sebagai penutup, skuad Malaysia yang diketuai oleh Lee Meng Yean akan memulakan cabaran peringkat Kumpulan D, Piala Uber 2020 menentang tuan rumah, Denmark pada hari esok (9 Oktober) bermula 7.30 malam waktu Malaysia.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

(Visited 1,787 times, 9 visits today)
Close