Written by 6:09 pm Asia, Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-23: Mongolia Panggil Pemain Liga Eropah Untuk Hadapi Thailand, Malaysia & Laos

Skuad kebangsaan Mongolia Bawah 23 Tahun (B-23) menyenaraikan pemain yang beraksi dalam saingan Liga Eropah sebagai salah satu ‘senjata’ untuk menghadapi Kelayakan Piala Asia B-23 kelak.

Untuk pengetahuan semua, pemain ini mampu beraksi di posisi tengah dan tengah menyerang merupakan antara bakat muda terbaik dimiliki oleh Mongolia, masa kini. Difahamkan, pemain ini berkelana di benua eropah sejak tahun 2016 ketika berusia 16 tahun.

Pemain yang dimaksudkan tersebut ialah Ganbold Ganbayar yang berusia 21 tahun. Dia merupakan pemain kelab berpangkalan di Hungary, Puskas Akademia. Bagaimanapun, dia kini beraksi bersama KFC Komarno secara pinjaman dalam kancah divisyen dua piramid bola sepak Slovakia.

Ganbold ketika beraksi bersama Puskas Akademia – Foto: Instagram Ganbold

Artikel Berkaitan – Kelayakan Piala Asia B-23: Laos Terawal Senarai 23 Pemain Akhir, 2 Daripadanya Berusia 16 Tahun

Selain daripada Ganbayar, skuad muda Mongolia yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Jepun, Shuichi Mase ini akan diperkuatkan oleh pemain-pemain yang beraksi dalam Liga Mongolia.

Ketika ini, mereka telah menyenaraikan seramai 27 orang pemain untuk menjalani latihan pusat. Persekutuan Bola Sepak Mongolia (MFF) akan mengumumkan senarai akhir pemain sebelum bermulanya aksi pusingan kelayakan yang akan berlangsung di ibu negaranya.

Untuk makluman semua, Mongolia diundi di dalam Kumpulan J akan turun menentang Thailand, Malaysia dan Laos masing-masin pada 25hb, 28hb dan 31hb Oktober.

Keempat-empat pasukan ini akan merebut tempat untuk beraksi dalam kejohanan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada tahun hadapan.

Berikut adalah senarai awal pemain yang dipanggil oleh Shuichi Mase untuk menjalani latihan pusat skuad kebangsaan B-23 Mongolia:

Grafik: Mongolia National Football Teams Facebook

Featured Image: Instagram Ganbold Ganbayar

(Visited 7,147 times, 3 visits today)
Close