Written by 3:13 pm Badminton, Malaysia

Ranking BWF: Juara Terbuka Czech Mei Xing-Anna Cheong Raih Peningkatan 779 Anak Tangga

Pasangan beregu wanita negara yang baru sahaja digandingkan iaitu Teoh Mei Xing dan Anna Cheong berada di ranking ke-1147 dunia pada minggu lalu.

Bagaimanapun, kedudukan tersebut berubah serta-merta setelah memenangi kejohanan Terbuka Czech. Menerusi kemaskini terbaru ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), mereka meraih peningkatan mendadak sebanyak 779 anak tangga.

Kemaskini terbaru itu memperlihatkan Mei Xing-Anna Cheong yang berusia 24 dan 23 tahun masing-masing ini ditempatkan pada kedudukan ke-368 dunia.

Terbuka Czech: Gandingan Baharu Teoh Mei Xing-Anna Cheong Raih Kejuaraan Pertama

Mei Xing (kiri) dan Anna Cheong (kanan)

Sementara itu, peningkatan kedua terbanyak dalam kalangan pasangan beregu wanita diraih oleh Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien. Pasangan beregu wanita profesional yang mula bergandingan pada bulan ini meraih peningkatan sebanyak 464 anak tangga walaupun tersingkir di Pusingan 32 dalam kejohanan Terbuka Denmark, baru-baru ini.

Peningkatan tersebut membolehkan mereka menghuni ranking ke-266 dunia pada masa ini.

Pada masa yang sama, kemaskini terbaru oleh BWF menyajikan sedikit perkembangan yang kurang enak buat pasangan beregu wanita negara melibatkan gandingan Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan.

Ekoran disingkirkan oleh pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Pusingan 32 Terbuka Denmark, Pearly Tan-M. Thinaah mencatatkan penurunan satu anak tangga dan menjadikan mereka menghuni ranking ke-19 dunia.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

(Visited 3,267 times, 1 visits today)
Close