Written by 6:07 pm Badminton, Malaysia

Lee Zii Jia Tak Perlu Tarik Diri Kejohanan Indonesia Masters, Kata SU Agung BAM

Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak perlu menarik diri daripada kehohanan badminton Indonesia Masters 2021.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh memaklumkan kecederaan yang dialami oleh Zii Jia ketika beraksi pada perlawanan akhir Terbuka HYLO baru-baru ini semakin pulih.

Justeru, nama pemain berusia 23 tahun merangkap juara Kejohanan Badminton All England Open 2021 tersebut akan kekal disenaraikan untuk kejohanan yang akan dilangsungkan di Bali, esok.

Baca: Lee Zii Jia Disarankan Tarik Diri Salah Satu Kejohanan Di Indonesia

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh

“Kecederaannya tidak serius dan dia masih dalam proses pemulihan.

“Kami harap dia dapat ber­aksi dalam salah satu kejohanan di Indonesia, kalau bukan Masters, mungkin di Terbuka Indonesia (23-28 November).

“Buat masa ini Zii Jia selesa dan tidak memerlukan dia menarik diri, namun keputusan sama ada perlu (berehat daripada Indonesia Masters) akan diputuskan pada hari kejohanan,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar tersebut.

Sebagai tambahan, Kenny berkata, Zii Jia perlu beraksi salah daripada kejohanan samada Indonesia Masters atau Terbuka Indonesia dalam 2 minggu terdekat ini untuk mara ke kejohanan Jelajah Akhir Dunia BWF.

Untuk perlawanan di Pusingan 1 dalam saingan Indonesia Masters pada hari esok, Zii Jia akan memulakan kempen dengan menentang pemain Denmark, Rasmus Gemke yang berada di ranking ke-13 dunia.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 4,213 times, 1 visits today)
Close