Written by 5:03 pm Bola Sepak, Malaysia

Karsten Diturunkan Pangkat Menjadi Penolong Ketua Jurulatih Selangor

Teka-teki mengenai status bekas ketua jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel terjawab setelah pihak pengurusan kelab tersebut mengeluarkan satu kenyataan rasmi, pada hari ini.

Jurulatih kelahiran Jerman yang berusia 53 tahun itu dimaklumkan kekal bersama skuad Red Giants dan akan memainkan peranan selaku Penolong Ketua Jurulatih pada tahun 2022.

Baca: Selamat Tinggal Karsten, Selangor Lantik Michael Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

Ini bermakna Karsten akan menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan yang diketuai oleh rakan senegaranya merangkap Pengarah Sukan Selangor, Michael Feichtenbeiner.

Pihak pengurusan kelab percaya perlantikan Karsten sebagai ‘orang kanan’ Michael akan memberikan kejayaan kepada Selangor dalam masa terdekat.

Featured Image: Selangor FC

(Visited 360 times, 1 visits today)
Close