Written by 12:29 pm Bola Sepak, Malaysia

Kedah Tak Sambung Kontrak Pemain Import Renan, Rabih & Anu

Naib juara Liga Super 2021, Kedah Darul Aman (Kedah) mengucapkan selamat tinggal kepada tiga pemain importnya menerusi satu makluman di pelbagai platform sosial medianya, pada hari ini.

Tiga pemain tersebut ialah pertahanan Renan Da Silva Alves (Brazil), Rabih Ataya (Lubnan) dan Anumanthan Mohan Kumar (Singapura). Pengumuman itu secara langsungnya bermakna skuad Hijau Kuning tidak menyambung kontrak ketiga-tiga pemain bagi mengharungi saingan musim hadapan.

Sebagai rekod, Renan mula menyertai pasukan Kedah bermula pada tahun 2019. Pertahanan yang memiliki susuk tubuh yang besar ini menjadi watak utama di barisan pertahanan sepanjang 3 musim bersama Kedah. Selain itu, Renan juga merupakan sebahagian daripada pemain yang menyumbang kepada kejayaan Kedah menjulang Piala FA 2019.

Sementara itu, Rabih dan Anumanthan pula menyertai Kedah pada awal musim lalu. Walaupun hanya setahun menambur bakti bersama pasukan yang berpangkalan di utara semenanjung tanah air ini, kedua-dua pemain ini antara pemain penting yang memastikan Kedah menamatkan saingan Liga Super di tempat kedua sekaligus memberikan slot automatik ke Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2022.

Dengan pengumuman melepaskan tiga pemain import ini, para penyokong Kedah dan Liga Malaysia pastinya tertunggu-tunggu siapakan muka baharu yang akan ditandatangani oleh Kedah bagi menggantikan pemain-pemain ini. Sama-sama kita nantikan.

Featured Image: Kedah Darul Aman FC

(Visited 990 times, 1 visits today)
Close