Paralimpik 2020: ‘Invincible’ Liek Hou Sumbang Pingat Emas Ke-2 Untuk Malaysia
September 4, 2021 Hafizuddin Omar

Persembahan cemerlang pemain para badminton negara, Cheah Liek Hou membolehkan dia muncul atlet kedua yang menyumbangkan pingat emas Kontinjen Malaysia dalam temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Liek Hou, 33 tahun, yang dilatih oleh bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek berhasil meraih pingat emas dalam acara badminton kategori SU5 setelah menumpaskan wakil Indonesia, Dheva Anrimusthi dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi, hari ini.

Dalam perlawanan tersebut, Liek Hou hanya memerlukan dua set sahaja, 21-17 dan 21-15 untuk menumpaskan Dheva yang merupakan pemain menduduki ranking No.1 dunia.

Untuk rekod, Liek Hou mara ke perlawanan akhir setelah menumpaskan wakil Chinese Taipei, Fan Jen Yu dalam satu perlawanan yang dramatik dengan skor 15-21, 21-10 dan 21-16.

Baca: ‘Unbeaten’ Liek Hou Tempah Tiket Separuh Akhir Badminton SU5

Sebelum itu, Liek Hou ke saingan separuh akhir dengan cukup bergaya apabila menumpaskan ketiga-tiga pencabarnya di peringkat kumpulan sekaligus tampil selaku juara Kumpulan B.

Baca: Bonnie Sumbang Emas Pertama Negara & Pecah Rekod Temasya

Sebagai tambahan, pingat emas pertama Malaysia dihadiahkan oleh atlet para powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin manakalan dua pingat perak pula disumbangkan oleh Jong Yee Khie dan Chew Wei Lun.

Featured Image: Majlis Sukan Negara

Komen