Regu Wanita & Regu Campuran Negara Rangkul Kejuaraan di Hellas International 2021
September 6, 2021 Hafizuddin Omar

Kecemerlangan barisan pemain muda badminton negara di kejohanan Hellas International 2021 yang berlangsung di Greece tidak hanya tertumpu kepada pemain perseorangan dan beregu lelaki sahaja.

Baca: Lee Shun Yang & Regu Arif-Haikal Juarai Kejohanan Badminton di Greece

Pasangan wanita negara, Low Yee Yuen dan Valeree Siow yang berusia 19 tahun masing-masing berjaya merangkul kejuaraan dalam kategori regu wanita setelah mengalahkan regu Itali, Katarina Fink dan Yasmine Hamza pada perlawanan akhir.

Yee Yuen dan Siow berjaya menumpaskan mereka dengan dua kemenangan ‘straight set’ 21-15 dan 21-16.

Untuk pengetahuan semua, Ini merupakan kejuaraan ketiga yang diraih oleh Yee Yuen dan Siow pada peringkat antarabangsa pada tahun ini. Sebagai tambahan, regu ini sedang menduduki ranking ke-198 dunia.

Sementara itu, beregu campuran muda negara, Yap Roy King, 20 tahun dan Valeree Siow juga berjaya meraih kejuaraan dalam kategori ini dalam kejohanan yang sama.

Regu King-Siow meraih kemenangan dengan menumpaskan regu lawan dari Norway, Carl Christian-Solvar Flaten Joergensen dengan keputusan 21-13 dan 21-17.

Sebelum kejohanan ini, King-Siow telah memenangi kategori beregu campuran di kejohanan Latvia International 2021 yang berlangsung pada 26-29 Ogos lalu.

Featured Image: Badminton Association Malaysia

Komen