Satu jaringan oleh penyerang Kedah Darul Aman (Kedah), Kpah Sherman telah membantu skuad kebangsaannya, Liberia meraih kemenangan sulung dalam pusingan dua Kelayakan Piala Dunia 2022.
Penyerang berusia 29 tahun ini berhasil mencetak jaringan tersebut pada minit ke-86 permainan ketika menentang Republik Afrika Tengah pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan C.

Baca: Kpah Sherman Raih Kemenangan Bersama Liberia Ketika Menentang Libya
Pada ketika itu, Kpah menerima bola di dalam kotak penalti hasil tandukan rakan sepasukannya. Pada masa yang sama, barisan pertahanan lawan alpa akan keberadaannya di situ.
Kpah yang menghidu peluang tersebut dengan pantas mengambil peluang untuk menyudahkan bola tersebut sekaligus berhasil membantu pasukannya meraih kemenangan 1-0.
Kemenangan ini meletakkan skuad negaranya di tangga kedua Kumpulan C. Memimpin kumpulan ini adalah skuad kebangsaan yang diperkuatkan dengan beberapa kehadiran pemain berpangkalan di Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Nigeria.
Perlawanan seterusnya bagi kelayakan Piala Dunia 2022 melibatkan skuad Liberia akan bersambung pada bulan Oktober hadapan.
Anda boleh menonton sorotan perlawanan Liberia menentang Republik Afrika Tengah serta jaringan oleh Kpah Sherman DI SINI
Featured Image: Liberia Football Association