George Russell: Tahun Depan Saya Pelumba F1 Mercedes
September 7, 2021 Hafizuddin Omar

Pelumba muda British, George Russell mengesahkan dirinya akan menyertai pasukan Mercedes-AMG Petronas dalam saingan Formula 1 (F1) bermula tahun 2022.

Ini bermakna, pelumba berusia 23 tahun ini akan menjadi rakan sepasukan kepada juara tujuh kali yang juga merupakan seorang pelumba British, Lewis Hamilton.

Baca: Hamilton Menangi Kejuaraan Ketujuh F1, Menyamai Rekod Michael Schumacher

Lewis Hamilton (kiri) dan George Russel (kanan)

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelumba Williams Racing sejak 2019 hingga 2021 ini menerusi pelbagai platform laman sosialnya, hari ini.

Sementara itu, pasukan Mercedes-AMG Petronas turut mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan kemasukan pelumba yang pernah menyertai Mercedes Young Driver Programme ke pasukan mereka, sebentar tadi.

SILVERSTONE, UNITED KINGDOM – JULY 13: Pole Sitter Valtteri Bottas, Mercedes AMG F1 celebrates in Parc Ferme during the British GP at Silverstone on July 13, 2019 in Silverstone, United Kingdom. (Photo by Glenn Dunbar / LAT Images)

Difahamkan, Russell menyertai pasukan Mercedes dengan kontrak jangka masa panjang setelah Valtteri Bottas, 32 tahun, mengumumkan menyertai Alfa Romeo Racing setelah lima musim berlumba bersama Mercedes.

Bottas menyertai Alfa Romeo Racing bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pelumba senegaranya, Kimi Raikkonen yang mengumumkan persaraan apabila tamatnya saingan F1 penghujung musim ini.

Baca: Selepas 20 Tahun Berlumba, Kimi Raikkonen Umum Persaraan Hujung Musim Ini

Featured Image: Formula One

Komen