Peter Butler Senaraikan Kpah Sherman Untuk Hadapi Kelayakan Piala Dunia 2022
October 3, 2021 Hafizuddin Omar

23 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih kebangsaan Liberia iaitu Peter Butler untuk mengharuni pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 memperlihatkan nama penyerang Kedah Darul Aman, Kpah Sherman turut disenaraikan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Liberia (LFA) menerusi media sosialnya, semalam, bagi menghadapi Cape Verde bagi saingan melibatkan Kumpulan C.

Artikel Berkaitan: Liberia Tanpa Kelibat Kpah Sherman Tumpas 0-2 Kepada Mesir

Untuk makluman semua, Kpah merupakan salah seorang daripada dua pemain yang beraksi bersama kelab yang berpangkalan di benua asia yang disenaraikan oleh jurulatih yang pernah membimbing beberapa pasukan di Malaysia itu.

Seorang lagi pemain yang berpangkalan di benua asia dipanggil Peter adalah pemain tengah, Marcus Macauley yang beraksi bersama Sahab FC di Jordan.

Sebagai tambahan, Liberia yang kini menduduki tangga kedua Kumpulan C dijadualkan menentang Cape Verde pada 7 dan 11 Oktober. 

Featured Image: Kedah Darul Aman FC

Komen