Artikel

Pemain Lincah Kedah Dipanggil Lubnan Untuk Hadapi Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Dunia

Skuad kebangsaan Lubnan terus menaruh kepercayaan kepada kebolehan yang dimiliki oleh pemain tengah lincah Kedah Darul Aman, Rabih Ataya untuk menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022, pada bulan ini.

Rabih yang berusia 32 tahun dipanggil oleh ketua jurulatih Lubnan untuk menghadapi dua perlawanan menentang Iraq dan Syria masing-masing pada 7 dan 13 Oktober melibatkan aksi Kumpulan A sepertimana dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Lubnan (FA Lebanon).

Artikel Berkaitan: Rabih Ataya Muncul Wakil Tunggal Liga Super ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Dunia 2022

Rabih Ataya ketika beraksi menentang skuad Harimau Malaya – Foto: FA Lebanon

Difahamkan kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung di venue berkecuali iaitu di Qatar dan Jordan atas faktor situasi pandemik covid-19 yang masih melanda di kebanyakan negara di dunia.

Ketika ini, Lubnan berada di kedudukan kelima dalam Kumpulan A selepas beraksi dalam dua perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Republik Korea pada bulan September lalu.

Artikel Berkaitan: Kenali Rabih Ataya Penyerang Sayap Laju, Lincah & Licik Yang Menjuarai Piala AFC

Untuk makluman semua, Rabih antara pemain yang turut melakukan sumbangan penting terhadap kemaraan Lubnan ke pusingan ketiga kelayakan ini. Selain itu, skuad kebangsaan negaranya turut mengesahkan tempat dalam saingan Piala Asia 2023.

Featured Image: Malaysian Football League

komen