Sebanyak 25 pasukan akan menyertai saingan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia atau TNB Malaysian Junior Hockey League (MJHL) 2021 yang akan bermula pada 26 November nanti.
Mengesahkan jumlah pasukan yang menyertai liga tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Dato’ Sri Dr. Anil Jeet Singh menerusi satu makluman oleh laman sesawang MHC pada hari ini.
Dimaklumkan liga ini akan dibahagikan kepada dua divisyen dimana divisyen pertama terdiri daripada 8 buah pasukan sementara baki yang lain akan beraksi dalam divisyen kedua.
Untuk makluman semua, liga ini dijalankan oleh MHC sebagai platform untuk mengasah bakat pemain-pemain muda menerusi perlawanan yang kompetitif,
Ini juga merupakan perancangan oleh MHC untuk mempersiapkan pemain-pemain muda bagi menghadapi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023.
Artikel Berkaitan: Malaysia Tuan Rumah Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023
Untuk pengetahuan semua, Malaysia telah dipilih oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) sebagai tuan rumah bagi kejohanan yang berlangsung secara dwitahunan terbabit.
Berikut adalah senarai 25 pasukan yang disahkan bakal beraksi di pentas MJHL 2021:
- MBPJ TIGERS
- BJSS THUNDERBOLTS
- SMKDBL-UNIKL-PHJ-MSNJ
- SSTMI JUNIORS
- SSTMI THUNDERBOLTS
- AHP-SSP-MSP THUNDERBOLTS
- SSMS RESILIENT
- ANDERSON THUNDERBOLTS
- MSN-PERLIS JR
- MSNS/ PHS
- KEDAH EAGLE JR
- SMK TUNKU BESAR TAMPIN (TBSS)
- MBPJ BLACK WIDOW
- KELAB HOKI HOCKEYLAH
- DBKL HT
- PHNS/MSSNS-B16
- SSN PERAK/ MSSPK
- M.LIONS HC – MUTIARA IMPIAN
- MSSPP – PSHA
- ANDERSON JUNIORS
- FRANCISAN HOCKEY CLUB
- SARAWAKIAN JUNIOR TEAM
- PPHT THUNDERBOLTS
- NURINSAFI SPORTING
- PHK-MSN KELANTAN