Bajet 2022: Kerajaan Peruntukkan RM10 Juta Untuk Memperkasa Sukan OKU
October 29, 2021 Hafizuddin Omar

Sebanyak RM10 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memperkasakan Sukan Orang Kelainan Upaya (OKU) .

Perkara tersebut disampaikan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz dalam Pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, pada hari ini.

Peruntukan ini akan digunakan untuk meningkatkan program latihan atlet OKU dan melaksanakan Liga Sukan OKU.

Baca: 3 Pemenang Emas Paralimpik Dapat Sejuta Mata & Setahun Penghantaran Makanan Percuma oleh Grab

Sementara itu, Tengku Zafrul sempat mengucapkan tahniah kepada atlet paralimpik yang berjaya membawa pulang pingat emas Paralimpik Tokyo 2020 iaitu Bonnie Bunyau Gustin, Cheah Liek Hou dan Abdul Latif Romly.

Menurutnya, selepas meraih kejayaan di Tokyo tersebut, kejayaan lebih besar pastinya disasarkan menjelang Paralimpik Paris 2024.

Komen