Kejayaan pemain badminton perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Yeoh Seng Zoe merangkul kejuaraan Terbuka Ireland minggu lalu telah meningkatkan kedudukan dalam ranking dunianya.
Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, pemain berusia 24 tahun ini berhasil melonjak sebanyak 26 anak tangga. Hasilnya, Seng Zoe kini menempatkan dirinya di kedudukan ke-122 dunia.
Baca: Seng Zoe, Wei Chong-Kai Wun Menangi Terbuka Ireland 2021
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki muda negara, Ng Tze Yong yang mara ke peringkat suku akhir dalam kejohanan yang sama memperbaiki kedudukan rankingnya dengan mendaki sebanyak 4 anak tangga.
Peningkatan tersebut menaikkan pemain berusia 21 tahun ini ke tangga ke-63 dunia – ranking tertinggi yang diraih dalam kariernya setakat ini.
Bagi jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia pula kekal di tangga ketujuh dunia sambil diikuti oleh pemain perseorangan nombor dua negara, Liew Daren di kedudukan ke-36 dunia.
Featured Image: Instagram Yeoh Seng Zoe