Artikel

Bonnie Raih Pingat Emas di Kejohanan Dunia Para Powerlifting 2021

Atlet para negara merangkap pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau Gustin berhasil meraih satu lagi pingat emas.

Kali ini, atlet berusia 22 tahun kelahiran Sarawak mendapat medal emas tersebut setelah muncul juara dalam angkat berat kategori 72 kilogram (kg) di Kejohanan Dunia Para Powerlifting 2021 yang berlangsung di Tbilisi, Georgia, awal pagi tadi, waktu Malaysia.

Paralimpik 2020: Bonnie Sumbang Emas Pertama Negara & Pecah Rekod Temasya

Kilauan emas itu menjadi milik Bonnie dengan melakukan angkatan seberat 200kg pada percubaan pertama dan diikuti dengan angkatan 206kg serta 210kg pada percubaan berikutnya.

Kejayaan meraih kilauan pingat emas tersebut turut menjadikan Bonnie berhasil mempertahankan kemenangan yang diraihnya dua tahun yang lalu di pentas yang sama.

Sementara itu, pingat perak pulak dibawa pulang oleh atlet para China, Hu Peng dengan angkatan terakhir seberat 200kg dan pingat gangsa pula dirangkul oleh atlet para Mesir, Ibrahim Shaaban.

Untuk rekod, dua tahun lalu, Bonnie melakukan angkatan seberat 190kg untuk muncul juara dalam kategori 65kg di Kejohanan Dunia Para Powerlifting 2019 yang berlangsung di Astana, Kazakhstan.

Featured Image: Para Powerlifting

komen