Artikel

Penyerang Baharu Selangor, Hyuri Henrique Bernilai RM3.04 Juta – Kedua Termahal Liga Malaysia

Pemain import baharu yang diperkenalkan oleh Selangor FC, Henrique Hyuri de Oliveira Costa pada Sabtu lalu menjadi penyerang kedua termahal yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia, musim ini.

Menurut laman portal informasi bola sepak antarabangsa, Transfermarkt, nilai pasaran penyerang berusia 30 tahun kelahiran Rio de Janeiro, Brazil ini diletakkan pada tanda harga RM3.04 juta.

Sebagai perbandingan, hanya penyerang baharu JDT, Fernando Forestieri merangkap bekas pemain Liga Serie A bersama pasukan Udinese dinilai lebih mahal daripada Henrique iaitu pada tanda harga RM4.3 juta.

Baca: JDT Perkenalkan Penyerang Baharu, Fernando Forestieri – Bernilai RM4.3 Juta

Hyuri ketika beraksi bersama Atletico Mineiro

Untuk makluman semua, majoriti karier Henrique berkisar dalam kancah bola sepak di negaranya. Antara pasukan ternama berpangkalan di Brazil pernah disertainya ialah Atletico Mineiro.

Selain itu, penyerang berketinggian 1.86 meter (m) ini turut mempunyai pengalaman beraksi di China serta negara teluk iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersama Hatta Club merangkap pasukan lamanya sebelum menyertai skuad Merah Kuning.

Sebagai tambahan, Henrique berkemungkinan besar akan digandingkan dengan seorang lagi penyerang kelahiran Brazil yang diikat oleh Selangor hujung Disember lalu iaitu Herlison Caion de Sousa untuk mengharungi saingan musim ini.

komen