Artikel

Bukan Thailand Tetapi Filipina & Singapura Ujian Pertama ‘Coach’ Kim Pan-gon

Pasukan Filipina dan Singapura bakal menjadi ujian pertama buat skuad senior bola sepak kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Kim Pan-gon.

Kedua-dua pasukan ini akan menentang Malaysia pada 23 dan 26 Mac hadapan di Singapura sepertimana disiarkan dalam satu kenyataan rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pada hari ini.

Untuk makluman semua, Filipina dan Singapura menghuni tangga ke-129 dan ke-161 dalam ranking dunia yang dikeluarkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada bulan ini. Sebagai perbandingan, Malaysia atau dikenali sebagai skuad Harimau Malaya menghuni tangga ke-154 dunia.

Sebagai tambahan, dua perlawanan persahabatan antarabangsa ini dirancang sebagai persiapan dan persediaan skuad Harimau Malaya menjelang Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia Asia 2023, yang akan berlangsung dari 8 hingga 14 Jun kelak. 

Terdahulu, pengurus pasukan juara Piala AFF Suzuki 2020 iaitu Thailand menerusi satu kenyataan yang dilaporkan oleh media di negara tersebut merancang untuk menentang Malaysia pada bulan hadapan.

komen